CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

M.a.g.g.o.t.s serabut!


aku notice, bila aku sikat rambut pagi tadi (sesuatu yg jarang aku buat), rambut depan aku dah jatuh! meaning, rambut aku dah panjang! guano! hmmm.... cepat sangat panjang rambut aku nih, especially belah tepi. pastu, bila dah panjang, kembang, macam alleycats (terima kasseyy!!!)

sebahagian orang tak keje hari ni, tapi aku keje. dah la sejuk (macam peti sejuk) hari ni. langit pulak tak menunjukkan cuaca yang menggalakkan aku untuk pegi keje.

selalu berangan nak duduk umah hari2 sambil dapat uang (mimpi la hoi!). bila dah ber'uang' esok, nak pindah umah, beli 'Langit Garisan' GTR R34 (warna merah darah), pastu bagi duit sikit kat tokey2 kedai perabut & juga aksesori kereta sebagai sistem barter untuk dapat aksesori rumah & sport rim besar buat kereta aku. realitinya...... hari2 kuar keje, cukup bulan sedekah amal jariah kat TNB, Syabas, tuan rumah (amoi), RHB Bank (sebagai tuan punya kereta yang sebenar), & juga 'Kot Mahmud' a.k.a Courts Mammoth. oh tak lupa penyiar rasmi, Astro & juga talian hayat untuk berhubung dengan alam semesta, Streamyx dari TM Net. come to think about it, actually banyak jugak penaja hidup aku nih. kontranya, penaja selalu yang bayar, tapi untuk konteks hamba abdi macam aku ni, kena bayar lak kat penaja. seronok? abaikan......

pagi2 lagi dah menegangkan urat leher dengan hujah2 yang xde kena mengena pun dengan hidup atau mati. just nak tau samada Friend Finder tu service dari Maxis atau Digi. seperti biasa, sebagai seorang yang suka memperjuangkan hak benang yang basah, perdebatan2 'lagha' camni memang sesuai untuk aku. asbab, it's not always the fact that can make you a winner, but the way you present your own fact that matters. benar! percaya la cakap pejuang benang basah ni yang selalu bereksperimentasi dengan hujah2 palsu & maya.

aku harus memperuntukkan undang2 untuk diri aku sendiri yang mana setiap makanan yang disediakan haruslah dimakan dengan penuh ikhlas hati serta komitmen yang tak berbelah bagi terhadap makanan tersebut, walaupun rasa & rupa sebatu jaraknya dari apa yang aku ingin & hajatkan. dengan situasi sekarang ni, demand tak serelevan necessity. lah! dah lapar cakap je la.... banyak pulak ayat bunga2 nak keluar kat sini. chet!

Wednesday, January 28, 2009

m.a.g.g.o.t.s & sesuatu


waktu : 2350H. Baru abis ujan kat Equine Park (n maybe kat tempat2 lain yang sewaktu dengannya). first day working after short stint of break = Disaster!!!! as always, keje bertimbun, follow-up banyak, assignment yang boss aku bagi pun tak bersentuh lagi. 1 siap, 5 mari.... semenjak dua ni, terabai sikit rasanya tanggungjawab sosial aku dek kerana timbunan & tuntutan kerja. kalau ada pun aktiviti, semuanya berkaitan dengan department tempat kerja. itu pun sebab memenuhi tuntutan & permintaan point untuk department, yang end-up jadi best department of the year, like the one we did in 2008! yeehaa!!! 1st time since aku join department lain jadik overall leader for the best department. kehkehkeh.... klaka pun ade sebab contribution hanya sebagai pencacai & pelakon pembantu jek! time aku kat Front Office dulu, merasa jugak le 2nd runner-up for best department. that time, memang contribute banyak le sebab aku banyak menyumbang tenaga, idea & suara untuk achieve 2nd runner-up. terasa gak la penghargaan kat diri aku nih!

yaaa.... hujan! kereta yang baru dibasuh dengan anak buah aku dilimpah ruah oleh air hujan...... antara sebab kenapa aku biar kereta aku berselepat dengan daki2 persekitaran yang tercemar. tapi kan, kalau fikir logiknya, by right sesuatu benda tu akan jadi bersih lepas kena air, kan? tapi kenapa bila hujan, orang2 yang baru lepas basuh kereta rasa panas jek? (ya! termasuk aku la tu!) bukan ke sepatutnya kena bersyukur? entah.... aku kena educate diri aku sendiri kot, untuk terima hakikat yang hujan tu sebenarnya tak la seteruk mana kalau compare dengan panas yang mendidih! lah, nama pun manusia yang tipikalnya susah sangat nak berpuas hati dengan anugerah Tuhan. semua yang berlaku menjadi & dijadikan persoalan........ belajar untuk menerima, then bersyukur. that's the words.

kadang2 kan, aku rasa yang aku sentiasa untuk cuba menerima apa yang baru dalam diri aku, for example, learn to learn (ayat ni aku dapat masa aku dalam kerata, on the way back dari tempat kerja). maknanya, jangan rasa yang kita ni dah cukup bagus. belajar untuk belajar tentang sesuatu, tak kira la sesuatu yang baru, yang obviously kita tak pernah tau lagi atau sesuatu yang kita pernah tau, tapi dek kerana persekitaran, kita dah tak ingat kat sesuatu tu. from there, I personally think that it can develop not only me, but people and surrounding. of course, "sampaikanlah walaupun hanya satu ayat". sharing, even if it does not seems important, but hey! things need not to be important to change the world! simple things that we are doing can change something in this world, believe that..... kalau tak, kenapa ada macam2 statistik wujud dalam dunia ni? it shows that every single thing that we are doing (or have done) in this world matters, kan?


"Something about this, so very wrong...
I have to laugh out loud, I wish I didn't like this
Is it a dream or a memory?"
- Wait & Bleed (Slipknot - Slipknot)

Saturday, January 24, 2009

MANUSIA DAN KEZALIMAN


1 dunia dah ditunjukkan dengan kekejaman, kejahatan & kezaliman Zionis di muka bumi Gaza, Palestine. tak perlu tanya kenapa atau apa punca sebab azalinya memang Yahudi dilabel kejam & zalim, penindas umat Islam Palestin. aku bencikan perang dan majoriti dunia setuju dengan kebencian terhadap perang. unfortunately, i’m just helpless n can only observe the situation, and again, most of feel the same as well. apa yang paling termampu untuk aku buat hanyalah menyampaikan secebis simpati, mengeluh & tumpang bersedih dengan apa yang berlaku. jauh di sudut hati yang tak sebersih & sesuci mana, aku berdoa agar semuanya berakhir dengan segera, Amin….apa yang selalu aku buat bila ada masalah adalah tutup mata & tidur! bagi aku, itu cara untuk aku lupakan sekejap masalah & benda2 lain yang aku nak kena pikir! memang aku tau yang masalah tak settle bila aku tido (konfem!), at least aku rasa tenang bila aku tidur. when I woke up, I may have solutions for my problems….., I guess…. (tak selalunya berkesan, so jgn ikut!). satu lagi, aku diam untuk ya / tidak, suka / benci, marah / suka. perangai aku yang satu i abah tau. aku rasa cara & hidup aku ni banyak di observe oleh abah, walaupun aku sebenarnya lebih rapat dengan mak (tipikalnya seorang anak bongsu). tapi, abah lebih tepat dalam menilai aku. dia tau emosi, bahasa tubuh & gaya aku. naluri lelaki…. mungkin…..(konsistensi). perkataan yang tak melengkapi diri aku. jarang sekali aku buat benda dengan konsisten, contoh terdekat, blog aku ni la…. jarang sangat ‘berisi’. ruang2 kosong selalu ada. tapi, aku rasa OK kot sebab nak menulis kena ada mood. takut apa yang nak aku tulis nanti tak sama dengan apa yang aku fikir. (mungkin sebab tu gak kot aku tak dapat nak terus menulis, mood….). camne nak selalu ada mood ek? muzik? movie? PS2? belum tentu ada mood dengan semua tu, kan? anyway, macam orang tua2 selalu cakap, pokok pangkalnya hati, nawaitu kena betul. i guess……. ciao!