CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 7, 2009

Breath.Alive.Sic.Repeat


i lost counts! memori otak aku gagal berfungsi seperti yang aku harapkan. mujur besar spare part tubuh badan & organ2 dalaman xde jual kat pasar malam, kalau tak, sahih, aku beli / trade-in! lebih kepada teruk rasanya sakit yang melanda aku ni. aku memang jarang sakit, tapi bila dah kena, La Haula Wala..... Tuhan je tau camne kontranya tindakbalas badan aku dengan persekitaran. dadah dekat nak abis dah ni. condition aku still 70/30. bukan tak syukur, cuma aku perlu at least 90% in good condition untuk melayan tuntutan duniawi iaitu makan, kerja, mandi, buang air, bercakap, memaki hamun, ketawa...... (tak dapat diteruskan lagi. padat jugak seharian seorang manusia cam aku nih!). abah aku pernah buat teori dimana bila seseorang yang sakit tu 'melabur', nescaya baik la dia lepas tu. ya.... sampai sekarang pun aku masih merasakan yang itu hanyalah satu kenyataan yang dijadikan bahan lelucon oleh aku. walaupun asasnya, apa yang abah aku cakap tu adalah sebahagian dari teori kedoktoran. of course, cuba korang pikir, apa yang kita lepaskan adalah hasil proses menyah-toksik bahan2 yang tak diperlukan dalam badan kita, betul? so, bila kita kencing atau berak, meaning kita buang segala yang tak baik, termasuk penyakit2 part-time yang kita ada la, macam selsema, demam, pening kepala dll. aku just memujuk hati je dengan kenyataan macam ni sebab hakikatnya, 'pelaburan' yang aku buat rasanya dah lebih dari mencukupi untuk off-load apa2 yang tak patut dalam badan aku, but still, kondisi yang sama jugak aku rasa. perubahan tu ada, tapi tak la sedrastik mana. cukup buat aku untuk bangun bernafas waktu pagi dan menghadap terus rutin harian sampai abis.


i'm a coffee addict. semalam aku pegi 'Pekan Lama' untuk menagih kopi. kopi itu best! something wrong kalau dalam sehari aku tak kena kopi, dalam apa jenis sekali pun. 'O', ais, susu, panas.... tak kisah la. as long as it substance and base is coffee. walaupun sesetengah orang agak skeptik dengan mudarat kopi, aku layan jugak. bagi aku bila berlebihan baru sesuatu tu akan jadi mudarat. "Islam itu menggalakkan kesederhanaan". itu je. kalau nak pikir mudarat, teh pun boleh jadi mudarat kalau diminum selepas makan. asbab, bahan2 kimia dari daun teh akan melambatkan proses penghadaman dan akibat jangka masa panjangnya adalah kanser perut. kan mudarat jugak? selagi aku suka, layan je..... sumber2 dari majalah2, media2 lain tu bukannya boleh percaya sangat. at one point, they will say this so and so thing is good, the next day you know, they will say that so and so thing is not good. so, mana satu nak percaya? pendapat kontra bagi satu benda yang sama. natijahnya, live with your own rule. made your own decision. yes, other's opinion matters, but when you sense that something is not right, why bother to listen & follow? others made the thinking, it's you yourself who made the judgement. do your thing!


semalam layan Chow Sing Chi. 'Forbidden City Cop'. citer ni dah lama & aku dah penah tengok pun. cuma malam tadi just nak layan nafsu ketawa aku, so aku tengok balik CD tu. aku jarang bosan dengan benda2 kelakar. (atau mungkin aku sendiri ada naluri kelakar). even kelakar yang aku dah tengok pun aku boleh repeat lagi dengan gelak yang sama, terbahak2. aku kena carik lagi citer2 Chow Sing Chi ni. buat koleksi. aku mula familiar dengan lawak dia ni masa aku kat Melaka dulu. member aku ajar aku tengok & faham lawak dia ni. memang! lepas 1st citer yang aku tengok 'Journey To The West', Chow Sing Chi dah aku senaraikan antara pelawak yang mesti tonton. lawak dia kadang2 di luar sedar. for some, mungkin tak kelakar, tapi bagi aku memang pecah perut! banyak jugak lawak2 dia yang selalu aku praktikkan jadi hiburan aku & kawan2.
Soalan yang aku dapat pagi ni.... kenapa pisang raja, bukan raja pisang? Jawapan aku, kenapa raja lawak tak lawak raja? kesesuaian.......
:: put me back together, or separate my skin from bone ::

0 comments: