CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 5, 2009

M.a.g.g.o.t.s = S.I.C


Hari Dua : air di hidung mula mengeras menyebabkan pernafasan terganggu. batuk teruk hampir reda tapi muncul sekali-sekala. bebanan badan berkurangan, mungkin hasil dadah halal pemberian doktor yang betul2 yakin aku ni pekerja cemerlang sebab MC aku yang terakhir ialah pada Feb 2008. naif betul doktor tu. yakin habis yang takde klinik lain yang aku kunjungi untuk dapatkan cuti percuma dengan tiket MC. apa? dia ingat klinik dia sorang jer ke yang ditaja oleh kad oren cap singa merah? at least, sebagai pekerja yang komited dengan kerja dan title yang lebih kepada 'hamba abdi' daripada, so call, 'associate', aku tunjuk juga lubang hidung aku semalam dan berakhir dengan cuti separuh sakit. bak kata salah sorang bos aku, air-cond yang bersambung menyebabkan kitorang berdua dijangkiti penyakit yang sama (WTF?). entahla. mungkin hanya bayangan gurauan yang cuba dia buat. (serius aku gelak!). so, hari ni, I'm back..... kembali dengan title 'orang sakit yang dibenci'. sebab, bila diorang tanya soalan stereotype apabila bertemu dengan seseorang (contohnya : how are you today?), of course la dengan tulus ikhlas aku akan jawab, "I'm not feeling very well today" dan statement tu akan dituruti dengan pertanyaan, "what happened to you?", sekali lagi jawapan penuh kejujuran ialah "I got sore throat & flu......". konfem! perubahan riak wajah & pergerakan tubuh yang menjarak mengiyakan bahawa diri aku mula dibenci sebagai seorang yang sakit. nak pulak aku selsema, sejenis virus yang amat2 mudah untuk tersebar ke serata alam, walau hanya melalui percakapan. (no wonder orang Jepun pakai topeng kalau selsema....).

aku balik rumah semalam dengan tiket sakit separuh hari. well, separuh hari aku tu memang sakit. dadah yang aku dapat semalam berjaya jugak la mengurangkan sakit aku dan efeknya adalah hampir sama dengan 'Peace Tab' yang member aku supply. that's why masa doktor tu bagi ubat, dia ada mention yang ubat tu hanya untuk dimakan sebelum tidur je. natijahnya, tinggal sekejap dunia yang fana ni bila dadah tu mula diproses oleh organ2 dalaman badan aku. malam tu pulak, member merangkap sedara aku ni beri petua yang mungkin berguna untuk penagih2 iaitu, layan pil selsema dengan ubat batuk (apa nama tah) then, bilas dengan air COKE. dia cakap je la..... takdenya aku nak layan petua dia tu! najis! dan malam tu jugak, sekali lagi aku merasakan kesan khas dadah selsema yang dibekalkan oleh doktor yang bertauliah. kalau 'Peace Tab' tu memerlukan aku untuk berkelip mata 2 kali, dadah aku pulak lain. amik masa sikit, tapi hasilnya tetap sama. selamat tinggal & selamat malam.........

hari ni berjalan seperti biasa dan macam yang dinyatakan (dah aku agak pun) sebelum ni, memang sukar aku nak bercuti. tahap kesibukan akan naik secara mendadak. kadang2 aku terfikir, diorang ni takde rumahtangga ke nak booking2 bilik ni? takleh ke kalau tak menyusahkan hidup aku yang dah semulajadi susah ni? tapi, terbantut pemikiran aku bila aku fikir ini dah memang bidang aku yang perlu aku buat untuk 15 suap nasi (tak logik kan kalau orang cakap 'sesuap nasi' skang ni!). furthermore, kalau diorang tak book, mana pulak company aku ni nak dapat duit untuk 15 suap nasi aku nanti? yang buat aku agak terkilan, kerja 30 hari untuk dapat duit yang lenyap dalam masa kurang dari seminggu! so unfair...... well, bitter sweet money, that's what I called it. macam salah sorang 'associate' yang sama tempat keje ngan aku,"Kerja macam lembu!". hehehe..... nak gelak pun ada bila dia cakap macam tu sebab ikut nas, memang tak penah aku tengok lembu bangun pagi2, then mandi bersabun & gosok gigi, breakfast ngan roti bakar & milo panas, pakai baju kemas ngan tali leher, bawak kete pegi keje! kalau la possibility tu jadi realiti, aku adalah orang pertama yang akan mendaftarkan diri kat hospital wad mental! huahuahuahua....... mungkin quote member aku tu lebih kepada menyatakan bahawasanya lembu tu kerjanya just makan rumput & produce susu, selain dari daging dia untuk diguna pakai oleh manusia2 durjana & as a result, lembu tu tak dapat apa2 pun. just rumput2 hijau dan juga tempat berteduh dari hujan & panas je. mungkin tu la persamaan yang member aku cuba sampaikan dari quote "Kerja macam lembu" tu. agaknyalah........

0 comments: