CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 13, 2009

Buzy M.a.g.g.o.t.s


aku stuck kat ofis lagi pada jarum pendek lebih dari 7 dan jarum panjang dari 4. apa aku buat ni? melayan kertas2 putih berabjad & bernombor yang susutnya sangatlah sedikit jumlahnya walaupun dah sebeban aku kerjakan apa yang patut. banyak sangat2 kerja aku 2-3 menjak ni sampaikan jarak rumah aku dengan ofis aku rasa makin jauh. in fact, aku pernah berperasaan nak pasang khemah je kat ofis aku ni. habes citer! duit minyak pun tak luak. bakal je management tak maktubkan peraturan untuk pekerja dia dibolehkan tidur kat ofis. aku akan jadi antara orang yang bergelimpangan di lantai atau kerusi ofis kalau dibenarkan. hihihi! ada masanya aku rasa yang aku patut tinggalkan je benda atas meja aku ni. but the fact is, things will piled up afterwards and it becomes more & more. so, there's no other way than to settle it. one single things and another.

tengah keje, ada pulak gotong-royong! aktiviti 'melepaskan batuk di tangga' ni memang ada tiap2 bulan. aku je yang lupa sejak2 bizi ni. ceh! bizi..... statement stereotype untuk menggambarkan yang seseorang tu ada banyak benda nak kena buat, sedang hakikat sebenar takde banyak mana pun. ops! aku refer orang lain sebab makna bizi bagi aku adalah timbunan & hamparan kerja2 & tanggungjawab yang harus dijalankan oleh pekerja ringan tulang cam aku ni (hmph! kenyataan palsu!). hapus cita2 aku nak balik awal time matahari masih ada. kelam jugak masa pulang kerja aku hari ni. takpe, maybe besok boleh awal sikit kot. kena conduct training pulak lagi. ah! mula awal, siap awal (ayat abah aku). training minggu lepas tangguh sebab trainee aku sibuk dengan kerja diorang. so that, minggu ni kena start balik.

skang ni komitmen aku dengan alam siber dah terasa makin kurang. kemasukan baru dalam blog aku pun dah makin rongak. biasa la, dah nama pun human being. bukan la salah aku kalau perilaku ni rasa normal bagi aku yang nyata masih layak lagi bergelar manusia a.k.a human being. hati & perasaan yang sentiasa berubah (normal), sukar terima kenyataan yang sebenar2 nyata (normal), tahap konsistensi yang rendah (normal), pencapaian peribadi di bawah tahap sebenar (normal)..... tu semua ciri2 manusia biasa. tipu kalau takde ciri2 ni pada orang lain. betul, mungkin tak semua ciri2 tu ada dalam satu orang. tapi, semua orang ada ciri2 yang dinyatakan. mungkin lebih, mungkin kurang. judge yourself.

kesejukan semakin nyata dalam ofis aku ni. ni la kekurangan 2 ofis 1 air-cond. bila panas, tak boleh blah, bila sejuk lagi tak boleh blah! ah! biar aku yang blah. abes citer!

0 comments: