CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

M.a.g.g.o.t.s Melayu


life is about observation, implementation & repeatation. every single day starts with combination of new & same old things. observe = examine what happened or happening, implement = learn to accept the changes in life, repeat = do the same!
tak sangka malam tadi aku boleh menatap TV dengan genre politik ditayangkan. no, no! bukan perhatian tu aku letakkan pada genre politik tersebut, tapi lebih kepada perilaku & persembahan langsung dari fanatik2 politik, yang sedihnya & realitinya membawa title 'orang Melayu'. apa yang 'Melayu' nya fanatik politik ini kalau sanggup menentang dan mempersoalkan keSultanan? di mana 'Melayu' nya kalau title itu digaulkan dengan politik? kenapa 'Melayu' itu perlu berbeza dari semua segi? sebab tu aku secara peribadi menolak ideologi politik sebab bagi aku politik itu sendiri menjurus ke arah perpecahan kaum & agama. perlu ke menjatuhkan sesama kaum & agama hanya kerana status 'Yang Berhormat', Dato', Tan Sri, Tun dan lain2nya? benar, tak semua begitu, tapi dek kerana yang 'tak semua' ni la, yang lain ikut sama. mana perginya daulat & kebesaran Sultan? besarkah keMelayuan itu kalau keSultanan itu dipersendakan? Melayu itu berpayungkan keSultanan. kenapa kerana politik semua tu sanggup dikesampingkan? Melayu tak perlu Jebat yang ramai. tak perlu jadi Jebat hanya atas sebab yang samar. biar jadi Jebat yang benar.
aku ulang tonton 'Puteri Gunung Ledang' semalam. ini satu2nya filem Melayu yang aku boleh tonton sampai kredit ditayang. lakonan, produksi, penyampaian dan yang paling penting bahasa. aku tertarik dengan bahasa2 Melayu lama. indah & dalam maknanya, sesuatu yang kurang dalam bahasa Melayu kita sekarang. 'titah Tuanku patik junjung di batu jemala patik', tak ke indah tu? keseluruhan filem ni menarik, even scene yang senyap pun bagi aku menarik. harus ingat yang filem ni berlatarkan cinta, tapi dipersembahkan dengan begitu baik. cerita cinta tak perlu tekankan pelukan, ciuman, adegan ghairah dan nafsu semata. cukup dengan raut muka, kata2 dan bahasa tubuh. cinta tu tak spesifik pada wanita je. cinta pada tanggungjawab, cinta pada rakan, cinta pada pemimpin (Sultan dalam konteks PGL ni). sungguh, tak pernah aku begitu teruja tengok filem Melayu selain dari PGL ni. semua disusun elok & teratur. Melayu cukup menyanjung keSultanan Melayu pada zaman itu. Sultan Melaka dihormati dan disanjung tinggi. Tuah pula Datuk Laksamana yang taatnya tak berbelah bagi, titah Sultan dituruti walau derita diri sendiri. Datuk Bendahara rakan Tuah yang setia dan cukup memahami, sanggup berkorban agar 'tepung tak berselerak, rambut tak putus' biar apa terjadi. mungkin Melayu2 yang mahu jadi Jebat patut lebih banyak tengok filem macam ni. biar sedar, Melayu perlu sehati, sehidup & semati!

0 comments: