jadi bagus tak semestinya pandai, jadi pandai tak semestinya bagus. ingat, yang empunya segala 'Maha' adalah yang mencipta kita. tunduk mengalah jugak aku hari ni dengan pelawaan nafsu amarah aku. gagal aku sekat panas hati aku lalu pen yang tak bersalah jadi mangsa. marah atas salah sendiri, kelemahan sendiri, kekurangan diri sendiri yang terlalu nyata sampaikan orang lain boleh nampak jelas. silap aku jugak mengharapkan penyelesaian yang rupanya lebih kepada 'senjata makan tuan'. tinggi harapan aku untuk selesaikan masalah yang ada dengan kelebihan berpihak pada aku. hampa.... bila dengar yang semuanya jelas terang salah aku. tapi masih jugak bersisa ego aku untuk terima jawapan yang aku takde sokongan apa2, berusaha keras untuk 'menegakkan benang yang basah' cuma. bagi aku, kalau pihak yang satu lagi betul2 nak teruskan, dia patut jugak bagitau aku. end-up, bila dua2 diam, apa yang patut jadi, tak jadi, yang tak patut jadi, jadi. mangsa yang cukup sahih, aku la! tak puas hati betul aku! at least, kalau aku dapat 50% dari bayaran penuh pun jadi la, tapi habuk pun tak nampak bayang. kecewa habisss...
takpe la. aku anggap pengajaran je apa yang jadi. tak guna jugak kalau aku terus nak tegangkan urat leher, memperdebat sesuatu yang nyata berpihak sebelah saja. lagi pula, salah silap ni jadi ingatan kekal kat kepala otak seseorang, macam barah, walau dah kena buang, kesannya tetap ada. benda baik ni jadi angin lalu je, bertiup sekali, sejuk rasanya, tapi seketika. duniawi punya adat sejak azali lagi. sejuta kebaikan boleh hilang dengan satu kesalahan dan kesalahan itu kekal biar sejuta kebaikan wujud selepas itu. so, bagi aku, quote "learn from mistake" tu tak relevan. it should be "learn to come out from mistake". kena yakin yang kesilapan tu memang akan tetap berlaku selagi manusia wujud di muka bumi, so why being so into the mistake when kindness can amend it? pokok pangkalnya, hati. terima kesilapan tu sebagai satu kekurangan yang juga ada pada diri sendiri, bukan hanya orang lain. kena banyak muhasabah diri. kenal pasti kelemahan dan juga kelebihan yang ada. nak jadi yang terbaik tak semudah disangka tapi tak semustahil mana asal cuba dan terus cuba. tiada noktah bagi gagal & berjaya.
Wednesday, February 18, 2009
mistaken M.a.G.G.o.t.s
Posted by M.a.g.g.o.t.s at Wednesday, February 18, 2009
Labels: Mistake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment